|
INSURAN BERKAIT PELABURAN:
- Insuran Berkait Pelaburan ialah nilai polisi insuran berkait secara langsung dengan prestasi pelaburan.
- Dalam Insuran AXA AFFIN, pelaburan dilaksanakan melalui empat jenis dana iaitu; Dana Bon Aktif, Dana Imbang Aktif, Dana
Imbang Syari'ah dan Dana Aktif Serantau.
1. Dana Bon Aktif:
- 85% Pendapatan Tetap/Bon dan 15% Ekuiti
- Objektifnya adalah untuk membekalkan satu aliran pendapatan yang stabil melalui pelaburan dalam pasaran wang dan sekuriti
hutang dengan pendedahan yang terhad dalam ekuiti.
2. Dana Imbang Aktif:
- 50% Pendapatan Tetap/Bon dan 50% Ekuiti
- Sasarannya adalah untuk membekalkan satu aliran pendapatan yang stabil dan pertumbuhan dalam modal untuk jangka
masa sederhana hingga jangka panjang.
3. Dana Imbang Syari'ah:
- 50% Pendapatan Tetap/Bon dan 50% Ekuiti
- Sasarannya adalah untuk membekalkan satu aliran pendapatan yang stabil dan pertumbuhan modal untuk jangka masa sederhana
hingga jangka masa panjang dengan melabur dalam portfolio yang pelaburannya berdasarkan syarat-syarat Syari'ah.
4. Dana Agresif Serantau (Asia Pacific Growth Fund):
- 90% Ekuiti (Domestik & Luar Negara) dan 10% Pendapatan Tetap/Bon.
- Sasarannya adalah untuk mendapatkan modal yang tinggi untuk jangka masa sederhana ke jangka masa panjang melalui pelaburan
dalam stok pertumbuhan tinggi.
Pengurus Dana:
- Pengurus Dana ialah PHEIM Asset Management Sdn. Bhd.
- PHEIM Asset Management Sdn. Bhd. diasaskan oleh Dr. Tan Chong Koay dan mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1994.
- Dr. Tan Chong Koay mempunyai lebih daripada 29 tahun pengalaman dan dengan pasukannya mengawasi pelaburan dana tempatan,
Timur Jauh tidak termasuk Jepun. Sementara itu pasukannya juga turut melabur dalam komoditi negara-negara ASEAN.
- Bes pelanggan mereka adalah 97% terdiri daripada Institusi/Agensi Kerajaan sementara baki 3% adalah agensi-agensi lain.
- Falsafah pelaburan PHEIM adalah meningkatkan pendedahan ekuiti semasa "crashes and trimming portfolios during
extended rallies".
- PHEIM memperbaiki waktu membuat keputusan pelaburan dengan mengawasi asas dan data teknikal secara terperinci untuk
menjangka titik pertukaran utama dalam pasaran.
- PHEIM menumpukan perhatian pada syarikat-syarikat yang mempunyai margin yang tinggi, penilaian yang munasabah, penggearan
rendah, berpotensi tinggi dalam perkembangan, faedah persaingan dan siapakah pemimpin dalam industri yang sedang berkembang.
- Agensi Penilaian seperti William Mercer, Zainal Fraser, Lipper Analystical Services dan Micropal telah beberapa kali menilai
PHEIM di tempat PERTAMA untuk pelbagai kategori dana di bawah pengurusan mereka.
|